Tuesday, 27 November 2018

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGGUNAAN ICT DALAM P&P


Pengunaan ICT (Information and Communication Technology) dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran serta pembelajaran di dalam kelas. ICT merupakan suatu alat yang penting yang boleh diaplikasikan penggunaannya oleh guru-guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 ini. Teknologi ini salah satu usaha untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap pengetahuan yang ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar untuk diterima dengan pemahaman secara terperinci oleh pelajar. Maklumat yang ingin disampaikan juga dapat dicari dan diakses secara terus kepada guru itu kerana semuanya berada di hujung jari.

Bermula dengan penggunaan kapur di papan hitam pada zaman dahulu, kini diganti dengan kemajuan sains dan teknologi telah merubah kaedah pengajaran tradisional itu kepada kaedah pengajaran yang lebih canggih seperti seperti penggunaan komputer, bahan elektronik, LCD, kamera digital dan lain-lain lagi dalam P&P. 

sumber youtube:


KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P (KEPADA MURID)

  • Dapat menarik minat dan perhatian murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas kerana aplikasi yang digunakan seperti powerpoint, flash video yang boleh memaparkan imej dan visual yang menarik dan berwarna-warni sekaligus dapat menarik minat pelajar untuk belajar. 
  • Meningkatkan daya kefahaman murid. Seperti contohnya, subjek sains yang memerlukan murid memahami kajian yang dilakukan. Guru hanya menyediakan alat dan bahan bantu mengajar supaya pelajar itu dapat melihat secara visual dan menyentuh dengan sendirinya jadi memudahkan pelajar memahami apa yang dilakukan.
  • Dapat mendidik murid-murid mendalami ilmu tentang dunia teknologi disamping melatih mereka untuk lebih bersedia menghadapi masa depan pendidikan yang lebih mencabar.

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P (KEPADA GURU)

  • Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat.
  • Memudahkan guru menyampaikan ilmu kepada murid dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran, keperhatian pelajar akan lebih tertumpu dengan pengajaran yang sedang dilakukan. 
  • Bahan pengajaran yang telah disiapkan boleh diguna pakai semula pada masa akan datang.

Secara tuntasnya, pada abad ke-21 ini adalah abad yang bersifat multimedia dan interaktif beranimasi. Setiap guru dan pelajar tidak kira di sekolah rendah atau menengah seharusnya didedahkan dengan teknologi multimedia bagi mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi masa depan pendidikan yang lebih mencabar. Persiapan awal dalam pendidikan komputer dan teknologi multimedia akan memudahkan para guru dan pelajar agar celik mengenai dunia IT dan tidak mengalami kejutan budaya multimedia pada masa akan datang. 


RUJUKAN:
  1. https://www.farizakhalid.com/gb6663-pengajaran--pembelajaran-berbantukan-komputer/3-21st-century-learning

No comments:

Post a Comment