Tuesday 27 November 2018

MASALAH YANG DIHADAPI DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

Dalam pengurusan bilik darjah, pasti ada masalah atau halangan yang perlu diambil kira dan ditangani oleh para guru. Masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam pengurusan bilik darjah adalah tingkah laku serta disiplin para pelajar. Kebanyakan guru berasa terbeban dengan masalah disiplin yang perlu mereka tangani setiap hari di sekolah kerana kebanyakan masalah disiplin adalah pelbagai dan simptom dari masalah berbeza yang dihadapi oeh pelajar pada tahap yang berlainan (Myint et al. 2004).   

Image result for halangan dalam pengurusan bilik darjah

Fontana (1985) menyenaraikan beberapa perkara yang menyebabkan kesukaran kepada para guru untuk mengawal dan mengurus tingkahh laku pelajar di dalam bilik darjah iaitu, perbezaan tingkahlaku disebabkan umur, kemahiran dan keupayaan berbeza antara pelajar, perbezaan sosio ekonomi dan perbezaan budaya dalam kalangan pelajar. Antara halangan pengurusan bilik darjah adalah peraturan yang rigid, peribadi guru yang menghalang mereka daripada mengambil tindakan terhadap pelajar, ibubapa yang memanjakan anak mereka dan kumpulan pelajar yang membentuk kumpulan atau ‘klik’ sendiri (Mook Soon Sang, 2011). Haliza dan Joy Nesamalar (2009) pula menyenaraikan hubungan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan murid dan salah laku yang tidak dijangka merupakan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh para guru dalam usaha menguruskan bilik darjah di sekolah. 


Related image


PROGRAM PERANTIS GURU

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya hendak kongsikan mengenai PPG iaitu program Program Perantis Guru yang diwajibkan kepada setiap pelajar yang mengambil jurusan dalam bidang pendidikan. Ini adalah merupakan alternatif kepada bakal guru untuk persediaan mereka apabila keluar daripada universiti ke alam pekerjaan. Program ini memberi pelbagai manfaat dan juga dapat dijadikan pengalaman di alam persekolahan sebagai seorang guru. 

Sumber daripada: 

PENGENALAN PPG (Program Perantis Guru) 

Menurut daripada sumber http://praktikum.upsi.edu.my/index.php/ms/program/ppg menyatakan Program Perantis Guru (PPG) bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah adalah merupakan sebagai institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. PPG ini terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan bakal-bakal guru yang cemerlang dan terbilang. PPG merupakan pendedahan awal guru pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran menerusi pemerhatian, interaksi dan refleksi.

PELAKSANAAN PPG DI SEKOLAH
PPG dilaksanakan sebanyak dua (2) kali iaitu PPG 1 dan PPG 2. Pelaksanaannya adalah seperti dalam Jadual 1.
Guru pelatih perlu memilih sekolah (berhampiran tempat tinggal) dengan andaian kos saraan ditahap minimum.
Program
Tempoh
Perlaksanaan
Penempatan
PPG1
2 Minggu
Cuti Semester 2
Sekolah menengah berhampiran dengan tempat tinggal
PPG2
4 Minggu
Cuti  Semester 4
Jadual 1. Pelaksanaan PPG
Related image
Gambarajah 1: Guru barisan hadapan bina bangsa Malaysia
Related image
Gambarajah 2: Guru berkualiti kunci kejayaan PPPM

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGGUNAAN ICT DALAM P&P


Pengunaan ICT (Information and Communication Technology) dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran serta pembelajaran di dalam kelas. ICT merupakan suatu alat yang penting yang boleh diaplikasikan penggunaannya oleh guru-guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 ini. Teknologi ini salah satu usaha untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap pengetahuan yang ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar untuk diterima dengan pemahaman secara terperinci oleh pelajar. Maklumat yang ingin disampaikan juga dapat dicari dan diakses secara terus kepada guru itu kerana semuanya berada di hujung jari.

Bermula dengan penggunaan kapur di papan hitam pada zaman dahulu, kini diganti dengan kemajuan sains dan teknologi telah merubah kaedah pengajaran tradisional itu kepada kaedah pengajaran yang lebih canggih seperti seperti penggunaan komputer, bahan elektronik, LCD, kamera digital dan lain-lain lagi dalam P&P. 

sumber youtube:


KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P (KEPADA MURID)

  • Dapat menarik minat dan perhatian murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas kerana aplikasi yang digunakan seperti powerpoint, flash video yang boleh memaparkan imej dan visual yang menarik dan berwarna-warni sekaligus dapat menarik minat pelajar untuk belajar. 
  • Meningkatkan daya kefahaman murid. Seperti contohnya, subjek sains yang memerlukan murid memahami kajian yang dilakukan. Guru hanya menyediakan alat dan bahan bantu mengajar supaya pelajar itu dapat melihat secara visual dan menyentuh dengan sendirinya jadi memudahkan pelajar memahami apa yang dilakukan.
  • Dapat mendidik murid-murid mendalami ilmu tentang dunia teknologi disamping melatih mereka untuk lebih bersedia menghadapi masa depan pendidikan yang lebih mencabar.

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P (KEPADA GURU)

  • Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat.
  • Memudahkan guru menyampaikan ilmu kepada murid dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran, keperhatian pelajar akan lebih tertumpu dengan pengajaran yang sedang dilakukan. 
  • Bahan pengajaran yang telah disiapkan boleh diguna pakai semula pada masa akan datang.

Secara tuntasnya, pada abad ke-21 ini adalah abad yang bersifat multimedia dan interaktif beranimasi. Setiap guru dan pelajar tidak kira di sekolah rendah atau menengah seharusnya didedahkan dengan teknologi multimedia bagi mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi masa depan pendidikan yang lebih mencabar. Persiapan awal dalam pendidikan komputer dan teknologi multimedia akan memudahkan para guru dan pelajar agar celik mengenai dunia IT dan tidak mengalami kejutan budaya multimedia pada masa akan datang. 


RUJUKAN:
  1. https://www.farizakhalid.com/gb6663-pengajaran--pembelajaran-berbantukan-komputer/3-21st-century-learning