Tuesday 27 November 2018

MASALAH YANG DIHADAPI DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

Dalam pengurusan bilik darjah, pasti ada masalah atau halangan yang perlu diambil kira dan ditangani oleh para guru. Masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam pengurusan bilik darjah adalah tingkah laku serta disiplin para pelajar. Kebanyakan guru berasa terbeban dengan masalah disiplin yang perlu mereka tangani setiap hari di sekolah kerana kebanyakan masalah disiplin adalah pelbagai dan simptom dari masalah berbeza yang dihadapi oeh pelajar pada tahap yang berlainan (Myint et al. 2004).   

Image result for halangan dalam pengurusan bilik darjah

Fontana (1985) menyenaraikan beberapa perkara yang menyebabkan kesukaran kepada para guru untuk mengawal dan mengurus tingkahh laku pelajar di dalam bilik darjah iaitu, perbezaan tingkahlaku disebabkan umur, kemahiran dan keupayaan berbeza antara pelajar, perbezaan sosio ekonomi dan perbezaan budaya dalam kalangan pelajar. Antara halangan pengurusan bilik darjah adalah peraturan yang rigid, peribadi guru yang menghalang mereka daripada mengambil tindakan terhadap pelajar, ibubapa yang memanjakan anak mereka dan kumpulan pelajar yang membentuk kumpulan atau ‘klik’ sendiri (Mook Soon Sang, 2011). Haliza dan Joy Nesamalar (2009) pula menyenaraikan hubungan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan murid dan salah laku yang tidak dijangka merupakan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh para guru dalam usaha menguruskan bilik darjah di sekolah. 


Related image


PROGRAM PERANTIS GURU

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya hendak kongsikan mengenai PPG iaitu program Program Perantis Guru yang diwajibkan kepada setiap pelajar yang mengambil jurusan dalam bidang pendidikan. Ini adalah merupakan alternatif kepada bakal guru untuk persediaan mereka apabila keluar daripada universiti ke alam pekerjaan. Program ini memberi pelbagai manfaat dan juga dapat dijadikan pengalaman di alam persekolahan sebagai seorang guru. 

Sumber daripada: 

PENGENALAN PPG (Program Perantis Guru) 

Menurut daripada sumber http://praktikum.upsi.edu.my/index.php/ms/program/ppg menyatakan Program Perantis Guru (PPG) bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah adalah merupakan sebagai institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. PPG ini terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan bakal-bakal guru yang cemerlang dan terbilang. PPG merupakan pendedahan awal guru pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran menerusi pemerhatian, interaksi dan refleksi.

PELAKSANAAN PPG DI SEKOLAH
PPG dilaksanakan sebanyak dua (2) kali iaitu PPG 1 dan PPG 2. Pelaksanaannya adalah seperti dalam Jadual 1.
Guru pelatih perlu memilih sekolah (berhampiran tempat tinggal) dengan andaian kos saraan ditahap minimum.
Program
Tempoh
Perlaksanaan
Penempatan
PPG1
2 Minggu
Cuti Semester 2
Sekolah menengah berhampiran dengan tempat tinggal
PPG2
4 Minggu
Cuti  Semester 4
Jadual 1. Pelaksanaan PPG
Related image
Gambarajah 1: Guru barisan hadapan bina bangsa Malaysia
Related image
Gambarajah 2: Guru berkualiti kunci kejayaan PPPM

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGGUNAAN ICT DALAM P&P


Pengunaan ICT (Information and Communication Technology) dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran serta pembelajaran di dalam kelas. ICT merupakan suatu alat yang penting yang boleh diaplikasikan penggunaannya oleh guru-guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 ini. Teknologi ini salah satu usaha untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap pengetahuan yang ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar untuk diterima dengan pemahaman secara terperinci oleh pelajar. Maklumat yang ingin disampaikan juga dapat dicari dan diakses secara terus kepada guru itu kerana semuanya berada di hujung jari.

Bermula dengan penggunaan kapur di papan hitam pada zaman dahulu, kini diganti dengan kemajuan sains dan teknologi telah merubah kaedah pengajaran tradisional itu kepada kaedah pengajaran yang lebih canggih seperti seperti penggunaan komputer, bahan elektronik, LCD, kamera digital dan lain-lain lagi dalam P&P. 

sumber youtube:


KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P (KEPADA MURID)

  • Dapat menarik minat dan perhatian murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas kerana aplikasi yang digunakan seperti powerpoint, flash video yang boleh memaparkan imej dan visual yang menarik dan berwarna-warni sekaligus dapat menarik minat pelajar untuk belajar. 
  • Meningkatkan daya kefahaman murid. Seperti contohnya, subjek sains yang memerlukan murid memahami kajian yang dilakukan. Guru hanya menyediakan alat dan bahan bantu mengajar supaya pelajar itu dapat melihat secara visual dan menyentuh dengan sendirinya jadi memudahkan pelajar memahami apa yang dilakukan.
  • Dapat mendidik murid-murid mendalami ilmu tentang dunia teknologi disamping melatih mereka untuk lebih bersedia menghadapi masa depan pendidikan yang lebih mencabar.

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P (KEPADA GURU)

  • Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat.
  • Memudahkan guru menyampaikan ilmu kepada murid dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran, keperhatian pelajar akan lebih tertumpu dengan pengajaran yang sedang dilakukan. 
  • Bahan pengajaran yang telah disiapkan boleh diguna pakai semula pada masa akan datang.

Secara tuntasnya, pada abad ke-21 ini adalah abad yang bersifat multimedia dan interaktif beranimasi. Setiap guru dan pelajar tidak kira di sekolah rendah atau menengah seharusnya didedahkan dengan teknologi multimedia bagi mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi masa depan pendidikan yang lebih mencabar. Persiapan awal dalam pendidikan komputer dan teknologi multimedia akan memudahkan para guru dan pelajar agar celik mengenai dunia IT dan tidak mengalami kejutan budaya multimedia pada masa akan datang. 


RUJUKAN:
  1. https://www.farizakhalid.com/gb6663-pengajaran--pembelajaran-berbantukan-komputer/3-21st-century-learning

Thursday 11 October 2018

PENGURUSAN BILIK DARJAH


PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

Pengurusan bilik darjah adalah suatu perkara yang begitu penting bagi seseorang guru selain mengajar dan mendidik murid-muridnya. Selain itu, segala proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dianggap berjaya jika seorang guru berjaya menguruskan bilik darjah dengan sempurna. Namun, jika seseorang guru gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan besar, impak negatif akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif atau hasil pembelajaran gagal dicapai secara berkesan, sumber Ridzuan Kamis, Pendidik Jun 2017. 

Related image

Gambarajah 1

Related image

Gambarajah 2

Terdapat 4 aspek utama dalam pengurusan bilik darjah ini iaitu:

Pertama

    - Melalui iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan disebabkan inilah suasana fizikal bilik darjah perlu dikawal atau ditentukan oleh guru. 
   - Perancangan dan penyusunan bilik darjah itu dilengkapi dengan organisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan sebagainya lagi. 

Kedua

   - Aspek komunikasi dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej samaada dari segi lisan atau bertulis. Menurut Fenney (1983) ada mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak yang lain. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat melembutkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan sopan, menegur dan membetul kesilapan yang murid lakukan dengan berhemah di samping menggunakan sifat-sifat mahmudah akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya dan secara automatiknya pemindahan maklumat akan menjadi mujarab daripada guru kepada anak muridnya. 

Ketiga

   - Aspek pengurusan dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait rapat kerana melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Peningkatan profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun atur organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya. 

Keempat

   -  Pengurusan yang berkait dengan disiplin murid. Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh perlakuan seseorang. 


ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN: 

Image result for Pengurusan Bilik Darjah yang Berkesan


Itu sahaja coretan saya pada kali ini untuk dikongsikan bersama kalian semua. Selamat menghadam.







Sunday 30 September 2018

PENTAULIAHAN APM

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA...

First time nih menulis di blog. For the first time, disini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman saya yang begitu indah yang pernah berlaku sepanjang hidup saya. Pertama kalinya saya menulis blog ini kerana ingin berkongsi dengan kalian perkara-perkara yang begitu RARE yang terjadi dalam kehidupan saya. Pernah dengar apa itu APM? Ye, saya pasti semua orang tahu apa itu APM which is stand for Anggota Pertahanan Awam Malaysia. 

Cun x? Saya suka baju beruniform...
Macam mana tercetusnya saya berada dalam unit beruniform ni? Haaaa... Saya amat menggemari dalam aktiviti unit beruniform ni nak-nak bila kena berkawad, kem, mengurus majlis dan sebagainya lagi. Saya mula aktif dalam APM ni semasa saya berada di semester 2 Diploma 2015. Dulu dipanggil "Hakak JPAM". Dulu tak konfiden nak ceburi benda alah ni kerana selalu fikir muka sunburn, mampu ke nak buat apa yang APM buat, boleh ke nak berkawad, boleh ke bahagikan masa dengan study and so on. Tapi dengan semangat dan sokongan, alhamdulillah saya dapat habiskan juga minat saya ini dengan jayanya. 

Inilah aktiviti yang dilakukan sepanjang saya berada dalam APM nih.. Pelbagai aktiviti yang menarik yang telah kami lakukan. Bolehlah join kalau anda berminat. Try dahulu baru dapat kepuasannya! Goodluck.

Bersama junior-junior ketika mereka melakukan kursus asas

Inilah saya ketika di "Kem Survival" di hutan paya bakau

Disamping dapat melakukan aktiviti, dapat jugak berkenalan dengan sahabat-sahabat daripada Utem dan juga Politeknik

Kursus Kawad Kaki di Baling, Kedah
Part paling best, saya tauliah di UPSI tau dimana tempat belajar saya sekarang. UPSI adalah perkara yang bersejarah dalam hidup saya kerana disini saya tauliah sebagai Leftenan Muda dan juga satu hari nanti akan menamatkan Ijazah saya disini juga! Apakah ini satu kebetulan? Atau suratan takdir? Hehehehe...



Leftenan Muda Anggota Pertahanan Awam Malaysia!

Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan bersama kalian semua pada hari ini. Semoga bertemu lagi di cerita seterusnya. Terima kasih...