Tuesday 27 November 2018

MASALAH YANG DIHADAPI DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

Dalam pengurusan bilik darjah, pasti ada masalah atau halangan yang perlu diambil kira dan ditangani oleh para guru. Masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam pengurusan bilik darjah adalah tingkah laku serta disiplin para pelajar. Kebanyakan guru berasa terbeban dengan masalah disiplin yang perlu mereka tangani setiap hari di sekolah kerana kebanyakan masalah disiplin adalah pelbagai dan simptom dari masalah berbeza yang dihadapi oeh pelajar pada tahap yang berlainan (Myint et al. 2004).   

Image result for halangan dalam pengurusan bilik darjah

Fontana (1985) menyenaraikan beberapa perkara yang menyebabkan kesukaran kepada para guru untuk mengawal dan mengurus tingkahh laku pelajar di dalam bilik darjah iaitu, perbezaan tingkahlaku disebabkan umur, kemahiran dan keupayaan berbeza antara pelajar, perbezaan sosio ekonomi dan perbezaan budaya dalam kalangan pelajar. Antara halangan pengurusan bilik darjah adalah peraturan yang rigid, peribadi guru yang menghalang mereka daripada mengambil tindakan terhadap pelajar, ibubapa yang memanjakan anak mereka dan kumpulan pelajar yang membentuk kumpulan atau ‘klik’ sendiri (Mook Soon Sang, 2011). Haliza dan Joy Nesamalar (2009) pula menyenaraikan hubungan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan murid dan salah laku yang tidak dijangka merupakan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh para guru dalam usaha menguruskan bilik darjah di sekolah. 


Related image


No comments:

Post a Comment