Thursday, 11 October 2018

PENGURUSAN BILIK DARJAH


PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

Pengurusan bilik darjah adalah suatu perkara yang begitu penting bagi seseorang guru selain mengajar dan mendidik murid-muridnya. Selain itu, segala proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dianggap berjaya jika seorang guru berjaya menguruskan bilik darjah dengan sempurna. Namun, jika seseorang guru gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan besar, impak negatif akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif atau hasil pembelajaran gagal dicapai secara berkesan, sumber Ridzuan Kamis, Pendidik Jun 2017. 

Related image

Gambarajah 1

Related image

Gambarajah 2

Terdapat 4 aspek utama dalam pengurusan bilik darjah ini iaitu:

Pertama

    - Melalui iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan disebabkan inilah suasana fizikal bilik darjah perlu dikawal atau ditentukan oleh guru. 
   - Perancangan dan penyusunan bilik darjah itu dilengkapi dengan organisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan sebagainya lagi. 

Kedua

   - Aspek komunikasi dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej samaada dari segi lisan atau bertulis. Menurut Fenney (1983) ada mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak yang lain. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat melembutkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan sopan, menegur dan membetul kesilapan yang murid lakukan dengan berhemah di samping menggunakan sifat-sifat mahmudah akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya dan secara automatiknya pemindahan maklumat akan menjadi mujarab daripada guru kepada anak muridnya. 

Ketiga

   - Aspek pengurusan dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait rapat kerana melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Peningkatan profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun atur organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya. 

Keempat

   -  Pengurusan yang berkait dengan disiplin murid. Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh perlakuan seseorang. 


ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN: 

Image result for Pengurusan Bilik Darjah yang Berkesan


Itu sahaja coretan saya pada kali ini untuk dikongsikan bersama kalian semua. Selamat menghadam.